Wednesday 4 July 2012

Salam Nisfu Syaaban :)

Views





Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.



Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4

‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.

                                           
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

                        

Sabda Rasulullah saw,

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.

(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,


أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.

Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.


Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:

Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.


Apabila tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ


Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.






KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN

Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

-Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
-Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
-Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Rujukan:

Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.

Saturday 23 June 2012

ENJOY THE SILENCE....

Views
kadang2 hidup ini terlalu sunyi...sunyi dari segalanya..walaupun mempunyai orang disekeliling, kesunyian itu tetap hadir.. hadirnya tanpa dijemput, perginya tanpa disedari... hurmm.. mugkinkah aku jauh dari Rabbku..?? Ya Allah, ampuni aku andai aku byk melakukan kesalahan tanpaku sedari mahupun sedar... diriku yang daif ini perlukan jalan dan ruang untuk aku memperbetulkan semua kesilapanku... aku rindu zaman kecilku, tapi apakan daya, aku tidak mempunyai kuasa untuk memutarkannya kembali...;'( aku rindukan zaman sekolahku dulu, tapi apakan daya, aku HANYA INSAN BIASA...andai mereka tahu, apa yang aku rasai kini, pasti kalian turut bersedih.. tapi, kalian sedang bergembira... bersabarlah hatiii.. mungkin ini kenanganmu untuk SEM 2 ini.. bersyukurlah..bersyukurlah... ya Allah permudahkan urusanku dan urusan sahabat2 ku semua...:') semoga kami semua berjaya untuk final ini, walaupun aku sedar, aku tidaklah sehebat kalian..:'(
               

Wednesday 30 May 2012

masa berlalu...

Views
masa.. umpama roda yang sentiasa berputar-putar tanpa halangan.. sekali berputar, sukar untuk dipatahbalikkan.. begitulah kehidupanku di universiti ini.. pejam celik pejam dan celik, tup2 dah nak habis semester 1 rupanya.. ohh begitu cepat, aku rasa baru semalam jer bermula perjalanan hidup aku di universiti ini. pahit manis, aku harungi dengan dugaan dan cabaran yang Allah beri..

 Alhamdulillah aku semakin matang mengharunginya walaupun pada permulaannya aku jatuh, rebah tersungkur tak berdaya, yela mana tak nya, kehidupan di universiti berbeza dengan kehidupan kita yang lepas2.. buang2kanlah tabiat yang lepas, jadilah manusia yang berfikir, walaupun hakikatnya aku xberdaya. Ya! memang pada permulaannya aku give up, sape tahu? hanya aku dan Penciptaku yang tahu..hurmm.. pasrah, hidup ini memang xselalu bahagia.. aku ingin berpesan pada semua....

"after every storm there is a rainbow.."
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

renung renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

''note nih yang sentiasa memberi aku semangat dalam mengharungi badai kehidupan ini...syukur alhamdulillah..." :)


Friday 18 May 2012

after every storm there is a rainbow

Views

kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??
BERSYUKUR!
ya, itulah yang seharusnya.
tapi...
bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).
saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"
Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
renung renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.


Saturday 7 April 2012

alhamdulillah...

Views
alhamdulillah.. cuti mid sem dh sampai. haha. :) akhirnya bercutilah kami dr kepompong kk1.. :) bestt dpt balik kampung kt selangor nih. singgah duk umah nenek dulu, ps tuh nanti baru balik ke Kedah..tapii assigment xleyh dilupakan jugak :( dengan test lagi lps cuti nih, huhu.. itulah khidupan sbagai seorang pelajar.. REDHO jelah.. :D selamat bercuti guys !

Friday 30 March 2012

The Clock Is Ticking

Views
oke, The Clock Is Ticking.. hanya itu jer perkataan yg sesuai untuk minggu, bulan, tahun ini.. huhuhu..serious mmg xdk masa dh skrg ni utk tidur, melepak2, borak2 kosong dan sebagainya..assingment smakin bertimbun2.. biasalah kan student. :) mmpu lagi tersenyum.. semuanya dh xblh nk ditangguh2kna lagi.. shooting, perlu dipercepatkan, mini research, perlu diedarkn kpd student scpat mgkin jgk.. wahh segalanya lah.. Allahh..... hanya mmpu ucapkan ayat ini, لا حولاولا قوة إلى بالله على العظيم ...Ya Allah Kami xberdaya tanpa bantuanmu... bantulah kami.. amiinn.. ok out, xblh dh nk lme2 lg. salam.. selamat tengah malam :)

Friday 16 March 2012

kita tengok siapa yang kenaaa.... hehehehe ......

Views
ehemmm..assalamualaikum..hay.. hello.. heyy.. hah lagi appe lagi ? -stop- tgok tajuk kat ats nuh.. kita tgok siapa yg kenaa... hehehe.. apakah ? nak twu? meh3 cheq nk habaq meh... :) tadi, baru jer balik dr kelas tutor utk subjek GRAFIK laman web. apa yg best nyer kat situ kan, kami dpt ilmu baru utk meng'edit' menggunakan ADOBE PHOTOSHOP CS5. bagi sesiapa yg xpernah menggunakannya, mgkin baru, tp bg spe2 yg dh pernah guna tuh, TAHNIAH lah eh,, bole lah ajarkan kitorang nih. hihihi :D sebelum tuh, meh nak kenai kan nme guru ktorang.. nme guru ktorang tuh, kami panggl cikgu muaz jer.. heheh. hah cikgu muaz nih bole dikatakan sporting la.. xbosan., hee. cikgu?? *teringat zmn skola2 dulu panggil cikgu..* ;D mls lah nk cerita panjang2 lagi, meh kita tgok gambaq pulak nohh.. sat g hampa bosan plak cheq dok cqita pnjang2.. hehe..



haaa.. tuh lah 'cikgu' kamii.. yg lelaki duk tgh2 uhh.. nsem kn ? -lawak jerk- msti trtanya2 kn kenapa kami duk bawah? sebabbbbb..... dh xcukup tmpat lorh :') kami nih menumpang kls org jerk. sbb tuh kami trpaksa duk bwh, huhu...*jgn nk feeling sgtt laa* 



inilah gelagat kami.. kami bersungguh-sungguh nak twu, n nk jadi pro mcm 'cikgu' muiz.. :) insyaAllah...



'cikgu' muiz menunjukkan cara mcm mne nak ubah itu ubah ini..blablabla...dan sebagainyaa...

okeh, utk itu sahaja mlm ni. kami gembira dpt ilmu baru dan xperlu nak keluarkan duit berpuluh2 utk kursus mengedit dan sebagainya.. kami dah dpt, insyAllah kami akn menggunakan dgn sebaik mungkin ilmu yg telah diberikan.. kami bersyukur.. :)

p/s : kwn2.. jgn marah zymah eh, pic korang ada dlm blog zymah. heheh..
-maaf andai ada tersalah bahasa dan terguris hati mana2 pihak. sekian. selamat bermimpi.. ^.^