Wednesday 30 May 2012

masa berlalu...

Views
masa.. umpama roda yang sentiasa berputar-putar tanpa halangan.. sekali berputar, sukar untuk dipatahbalikkan.. begitulah kehidupanku di universiti ini.. pejam celik pejam dan celik, tup2 dah nak habis semester 1 rupanya.. ohh begitu cepat, aku rasa baru semalam jer bermula perjalanan hidup aku di universiti ini. pahit manis, aku harungi dengan dugaan dan cabaran yang Allah beri..

 Alhamdulillah aku semakin matang mengharunginya walaupun pada permulaannya aku jatuh, rebah tersungkur tak berdaya, yela mana tak nya, kehidupan di universiti berbeza dengan kehidupan kita yang lepas2.. buang2kanlah tabiat yang lepas, jadilah manusia yang berfikir, walaupun hakikatnya aku xberdaya. Ya! memang pada permulaannya aku give up, sape tahu? hanya aku dan Penciptaku yang tahu..hurmm.. pasrah, hidup ini memang xselalu bahagia.. aku ingin berpesan pada semua....

"after every storm there is a rainbow.."
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

renung renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

''note nih yang sentiasa memberi aku semangat dalam mengharungi badai kehidupan ini...syukur alhamdulillah..." :)