Friday 16 March 2012

kita tengok siapa yang kenaaa.... hehehehe ......

Views
ehemmm..assalamualaikum..hay.. hello.. heyy.. hah lagi appe lagi ? -stop- tgok tajuk kat ats nuh.. kita tgok siapa yg kenaa... hehehe.. apakah ? nak twu? meh3 cheq nk habaq meh... :) tadi, baru jer balik dr kelas tutor utk subjek GRAFIK laman web. apa yg best nyer kat situ kan, kami dpt ilmu baru utk meng'edit' menggunakan ADOBE PHOTOSHOP CS5. bagi sesiapa yg xpernah menggunakannya, mgkin baru, tp bg spe2 yg dh pernah guna tuh, TAHNIAH lah eh,, bole lah ajarkan kitorang nih. hihihi :D sebelum tuh, meh nak kenai kan nme guru ktorang.. nme guru ktorang tuh, kami panggl cikgu muaz jer.. heheh. hah cikgu muaz nih bole dikatakan sporting la.. xbosan., hee. cikgu?? *teringat zmn skola2 dulu panggil cikgu..* ;D mls lah nk cerita panjang2 lagi, meh kita tgok gambaq pulak nohh.. sat g hampa bosan plak cheq dok cqita pnjang2.. hehe..



haaa.. tuh lah 'cikgu' kamii.. yg lelaki duk tgh2 uhh.. nsem kn ? -lawak jerk- msti trtanya2 kn kenapa kami duk bawah? sebabbbbb..... dh xcukup tmpat lorh :') kami nih menumpang kls org jerk. sbb tuh kami trpaksa duk bwh, huhu...*jgn nk feeling sgtt laa* 



inilah gelagat kami.. kami bersungguh-sungguh nak twu, n nk jadi pro mcm 'cikgu' muiz.. :) insyaAllah...



'cikgu' muiz menunjukkan cara mcm mne nak ubah itu ubah ini..blablabla...dan sebagainyaa...

okeh, utk itu sahaja mlm ni. kami gembira dpt ilmu baru dan xperlu nak keluarkan duit berpuluh2 utk kursus mengedit dan sebagainya.. kami dah dpt, insyAllah kami akn menggunakan dgn sebaik mungkin ilmu yg telah diberikan.. kami bersyukur.. :)

p/s : kwn2.. jgn marah zymah eh, pic korang ada dlm blog zymah. heheh..
-maaf andai ada tersalah bahasa dan terguris hati mana2 pihak. sekian. selamat bermimpi.. ^.^


Monday 12 March 2012

assigment ke2 untuk GRAFIK LAMAN WEB..

Views
assalamualaikum...


actually baru jer balik kelas grafik, terus persiapkan diri semua. lps tuh terus jer online... pantas tak? :) xpun? xpelah, never mind *tgn didada mata diatas* hehe.. nak ingatkan diri sendiri ni, yang subject GRAFIK nih  dah ada assigment ke2.. hah, dh ke2 pulak? satu pun xsiap lagiiii...*mengomel* eh3 awak... kte nih student ok, bialah madam nak bg kerja berlambak2 pun, ikut jelah...-nasihat dlm hati sendiri- dah2 back to our topic, utk assigment ke2 nih, madam suruh carik :-


  • at least 6 laman web
  • pas tuh, keluarkan ke enam2 lmn web tuh
  • bandingkan , sama ada dari segi layout dia, warna, kedudukan and blablablabla..tuttttttt......
  • pas tuh screen print atau buat lah cne pun janji boleh nmpk lmn web tuh,
  • hantar dekat goals..
  • madam bagi markah 

oke, itu sahaja utk kali ini. terima kasih. jumpa lagi..^.^

Sunday 11 March 2012

gapai impianmu...

Views
Janganlah bermimpi menyentuh langit dengan anak panah jika merentangkan busurnya saja tidak sanggup..
Allah xakan mengubah nasib seseorang jikalau kita sendiri tidak mengubanya..
Kita juga xakan dapat apa yang kita inginkan jika tidak ada kesungguhan dalam uasaha yg kita lakukan..
Bangunlah dan bangkitlah dari tidur ! lipatlah selimutmu dan lumurilah dengan CITA-CITA !


come on! ~lets save our KK1's earth~

Views
haaa... tgok tajuk kt ats tuh pun dh twu kan ape y sedang berlangsung sekarang nih dkt KK1.. :) hah? xtwu? xambik tawu ker?  ish3.... xpe2 meh zymah nk bagi tw. kalau spe2 y dh tw tuh, baguslaaa :) skrg nih ade pertandingan melukis 'MURAL' at blok masing2.. nih pertandingan oke, PERTANDINGAN... mmg lah tujuan kte hnya utk mnyampaikan, tp mstilah kte nak menang kan kan ??? ;) sudah la.. meh kte tgok picture2 kat bawah ni pulak yerr :) PICTURE TELLS EVERYTHING ^.^



 PENGENALAN : muke budak2 kreatif, hehe :)










p/s : korang2 yg kreatif.. jgn marah eh muka2 korang ada dlm blog zymah. heheh. korang xmarah kan kan kan ? korang kan baikk :) 
credit : kak dayang suhaidah filzah - my roomate-



Nilai Persahabatan Sebenar

Views
Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama silaturrahim kita hanya kerana Allah. 
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya memberi keranaNya menerima seadanya 
Hidup bukan hanya untuk dunia semata tapi untuk akhirat yang lebih utama.. ukhuwahfillah..






Jangan Bersedih, Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi

Views
Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya. Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh darinNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia? Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.


Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan: Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi mnum kepada orang kafir walau seteguk air pun. 


Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata? Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa: Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan,lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa: Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi...